need extra incentives for solar

Suruhanjaya Tenaga is Providing a new scheme called ATAP


PUTRAJAYA, 12 September - Kerajaan bakal memperkenal inisiatif baharu tenaga solar bumbung dikenali sebagai Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) bermula 1 Disember 2025.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi satu kenyataan memaklumkan, program tersebut merupakan kesinambungan kepada Net Energy Metering (NEM) yang berakhir pada Jun lalu, sekali gus memberi peluang kepada pengguna untuk terus memanfaatkan ruang bumbung bangunan bagi penjanaan tenaga boleh baharu (TBB).

"Solar ATAP mengekalkan prinsip asas NEM iaitu membolehkan lebihan tenaga dijual semula kepada grid sebagai offset tenaga, namun dengan penambahbaikan agar lebih menarik berbanding Program Solar for Self-consumption (SelCo).

"Kadar offset tenaga ditetapkan mengikut harga pasaran elektrik pada kadar system marginal price (SMP), seperti mana dilaksanakan di bawah NEM NOVA sebelum ini.

"Selain itu, had pemasangan sistem solar ditetapkan sehingga 100% daripada permintaan maksimum pengguna bagi membolehkan penggunaan tenaga solar dioptimumkan," menurut kenyataan tersebut.

PETRA turut memaklumkan, garis panduan dan sistem pendaftaran Solar ATAP boleh diakses melalui laman web Suruhanjaya Tenaga serta SEDA Malaysia mulai tarikh pelaksanaannya.

Kementerian itu yakin pelaksanaan Solar ATAP akan memperkukuh pembangunan penjanaan teragih , sekali gus menyokong aspirasi negara mencapai 70 peratus kapasiti TBB dalam perbekalan elektrik menjelang 2050, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

How can Solar work for you..?

Aryva Energy is a Technology Provider to Industry